Tuesday, March 13, 2012

Minggu CSI..French Cakes & Pastry

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Alhamdulillah, rezeki datang tanpa diduga minggu lepasLaughing. Semua-semua ini Allah SWT yang tetapkan bukan? Alhamdulillah!

Okay, minggu ini saya agak free, nak buat macarons, cuaca agak redup dan menyebabkan saya agak "malas" untuk membuatnya. InsyaAllah, minggu depan saya akan membuat stock untuk Macarons. InsyaAllah akan diupdate di sini.

Bila dah tenang ni, saya mula tak boleh duduk diam..teringat akan azam saya untuk mencuba membuat kek dari negara Perancis..yes! inilah masanya. Saya membuat Caramel Cheese Cake, Salted Caramel Cake and juga Cheese Cream Puff. InsyaAllah, kalau sempat, akan cuba membuat 3 jenis lagi. Hari ini saya pamerkan gambar-gambar ini dahulu ya.

caramel_cheese_cake1 caramel_cheese_cake3

DSC_4350 DSC_4359

DSC_4368

DSC_4389 DSC_4401

DSC_4377

InsyaAllah, akan di masukkan dalam silibus baking di Nomie's Cakes by Piqa Bakery. Terima kasih atas sokongan!

Wednesday, March 7, 2012

Kelas Cheese Cake 3 Teknik

DSC_7462DSC_7429

DSC_6104

Slide1

Kelas Cheese 3 Teknik di Piqa Bakery, Klang pada 18 Mac 2012.

Masa: 10pagi - 4petang

Let me know ya, participant hanya 5 orang sahaja ya. sms/call Nomie di 016-2951473.

Yuran: RM150.00


Jenis Kelas: Semi Hands On

Berminat boleh sahkan kehadiran dengan membuat pembayaran RM50.00 di akaun maybank Juraiza bt Abdul Aziz 512213050616.

Friday, March 2, 2012

CSI - Gâteau de Crêpes II

Salam semua. Harap kalian sihat walafiat ya. Ameen. Okay, CSI kali ini merupakan CSI kali kedua untuk Gateau de Crepes atau bahasa melayunya lempeng mat salehLaughing

Resipi ada kat sini:)

www.keklapis.com/01/blogs/blog-cup-cakes/item/359-csi-gâteau-de-crêpes.html

crepe01

Ini bahan2 nya..butter (saya pakai pure butter anchor), telur - grade A, Tepung, Gula & Susu

Permulaan: Cairkan butter, sehingga berwarna perang macam kat bawah ni ya.

crepe02
Then masak susu..bagi keluar wap je..lepas tutup api.
crepe03
Lepas itu pukul telur, gula & tepung, sehingga sebati
crepe05
Masukkan susu, pukul lagi dengan mixer, then campurkan butter cair tadi juga. Pukul lagi.
crepe06
Simpan adunan ini semalaman di dalam peti sejuk. Ini saya ikut ye prosedure ya..tak derhaka instruction.. Keesokkannya, cari kuali non-stick, yeeha..mari melempeng!
crepe08
okay, lempeng dah siap ya.
crepe09
crepe10
Yang putih tu Cream Cheese (yang buat frosting untuk kek carrot tu, then chocolate ganache yang saya tambahkan hazelnut paste)
Ratakan Cream cheese kat atas crepe tu.
crepe11
Then ambik crepe lain, letakkan atas crepe yang dah disapu dengan cream cheese tu.
crepe12
the letak ganache hazelnut ni sampai abis crepe ya. Kemudiannya masukkan ke dalam peti sejuk semalaman lagi..atau kalau tak sabar nak makan 4-5 jam pun dah okay:)
crepe14
saya dah malas, nak frostingkan..Maka, bila di potong, inilah bentuknya:D
crepe15
Jom buat!

Wednesday, February 22, 2012

Jom Buat Macarons - Kritikal Stage No. 3

DSC_3147

Okay, setelah siap diketuk dari bawah untuk meratakan permukaan, saat paling genting ialah mengeringkan macarons. Sebab bila macarons tidak kering @ basah masa di bakar, ia akan merekah seperti gunung berapi..tak caya, cuba tryCool

DSC_3174

Nampak tak perbezaan macarons yang di atas yang belum kering dengan yang ini, yang telah kering...

Macarons dia atas kelihatan lebih glemer gitu..glossy look gitew..manakalan yang dah kering..ala2 pucat gituEmbarassed

DSC_3176

Nak confirmkan lagi, cuba sentuhkan jari ke atas macarons yang anda buat, sekiranya tidak melekat dijari, tidak lembap..boleh la proceed di bakar.
DSC_3178
Okay proses pembakaran ini saya gunakan oven api atas bawah, 150c..selama 13 minit.
Nota: Seeloknya sekiranya ini kali pertama anda membakar macarons anda, sila bakar macaron tersebut secara berperingkat ya..bukan apa kadang2 kita dah rasa, macarons kita dah cukup kering..rupanya belum...lalu terjadila seperti ini..
DSC_8879
Hasil seperti ini boleh anda lihat dalam masa 4 minit pertama semasa di bakar..Kalau ini terjadi, hold dulu macarons yang lain ya...1/2 jam kemudian baru bakar.
Sekian dari sayaLaughing